SEJARAH MACHANG
Machang
terletak 43.5 kilometer di selatan Kota Bharu. Sejarahnya bermula sebelum
banjir besar pada tahun 1926, apabila negeri Kelantan dilanda suatu ribut yang
dahsyat dan banjir besar. Ribut itu telah merosakkan hampir semua perkampungan
di negeri Kelantan. Malapetaka tersebut telah memusnahkan semua tanaman
penduduk kampung dan penduduk negeri Kelantan hidup dalam kesusahan. Ini
menyebabkan kebanyakkan anak-anak muda terpaksa berhijrah ketempat lain bagi
mencari tempat baru yang lebih selamat untuk memulakan kehidupan baru. Pada
awal penubuhannya iatu sekitar tahun 1949 Jajahan Machang telah dijadikan
jajahan kecil. Namun, pada 1 Januari 1952 disebabkan kepesatan dalam
pembangunan dan kegiatan ekonomi di Jajahan Machang ia telah dijadikan jajahan
sepenuhnya. Jajahan Machang mempunyai keluasan 546.26 kilometer persegi.
Daripada jumlah keluasan itu sebanyak 129 kilometer persegi adalah terletak di
dalam Majlis Daerah Machang.
Antara
anak muda yang keluar merantau itu adalah Senik Awang Kechik. Beliau merantau
dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bertemu satu tempat yang subur
untuk bercucuk tanam. Kian hari kian bertambah rezeki Senik dan berita
kemewahannya telah tersebar ke kampung yang berdekatan. Tempat Senik telah
menjadi sebuah kampung dan ia dinamakan sempena nama buah machang atau
Mangifera Foetida yang tumbuh di kampung tersebut.
No comments:
Post a Comment