Monday 21 March 2016

GALERI JKR MACHANG


GALERI AKTIVITI JKR MACHANG


LAWATAN PENGARAH 11/2/2016







5S & JKR BESUT 







BOWLING KSSK







PERLAWANAN BOWLING DIANTARA JKR MACHANG VS MAJLIS DAERAH KUALA KRAI





GOTONG-ROYONG STOR JKR MACHANG






SESI BERGAMBAR WARGAKERJA JKR MACHANG





TAKLIMAT RINGKAS JKR MACHANG 10/3/2016






PERASMIAN PENGARAH JKR KELANTAN (UNDI 1MALAYSIA)









HUBUNGI KAMI


HUBUNGI KAMI MELALUI



Alamat Rasmi:

JABATAN KERJA RAYA (JKR)
Jabatan Kerja Raya Daerah Machang
18500 Machang, Kelantan

No tel: 
09-9752040

No fax: 
09-9751366

Facebook: 
JKR Machang

Twitter: 
JKR Machang

ASAL USUL BANDAR MACHANG


SEJARAH MACHANG




Machang terletak 43.5 kilometer di selatan Kota Bharu. Sejarahnya bermula sebelum banjir besar pada tahun 1926, apabila negeri Kelantan dilanda suatu ribut yang dahsyat dan banjir besar. Ribut itu telah merosakkan hampir semua perkampungan di negeri Kelantan. Malapetaka tersebut telah memusnahkan semua tanaman penduduk kampung dan penduduk negeri Kelantan hidup dalam kesusahan. Ini menyebabkan kebanyakkan anak-anak muda terpaksa berhijrah ketempat lain bagi mencari tempat baru yang lebih selamat untuk memulakan kehidupan baru. 

Pada awal penubuhannya iatu sekitar tahun 1949 Jajahan Machang telah dijadikan jajahan kecil. Namun, pada 1 Januari 1952 disebabkan kepesatan dalam pembangunan dan kegiatan ekonomi di Jajahan Machang ia telah dijadikan jajahan sepenuhnya. Jajahan Machang mempunyai keluasan 546.26 kilometer persegi. Daripada jumlah keluasan itu sebanyak 129 kilometer persegi adalah terletak di dalam Majlis Daerah Machang.

Antara anak muda yang keluar merantau itu adalah Senik Awang Kechik. Beliau merantau dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bertemu satu tempat yang subur untuk bercucuk tanam. Kian hari kian bertambah rezeki Senik dan berita kemewahannya telah tersebar ke kampung yang berdekatan. Tempat Senik telah menjadi sebuah kampung dan ia dinamakan sempena nama buah machang atau Mangifera Foetida yang tumbuh di kampung tersebut.

KOORDINAT MACHANG

BUAH MACHANG

SEJARAH JKR MACHANG


SEJARAH PENUBUHAN JKR MACHANG




MENGENAI JKR MACHANG 


Pada awal penubuhan JKR Kelantan dibahagikan kepada tiga kawasan iaitu JKR Kelantan Utara, JKR Kelantan Tengah dan JKR Kelantan Barat. Setiap kawasan di tadbir oleh Executive Engineer. JKR Machang dikelolakan oleh JKR Kelantan Tengah di bawah Executive Engineer, P.C Sakaran.

Mulai 1963, JKR Machang dibentuk dan ditadbir oleh Jurutera Jajahan. Bangunan Pejabatnya adalah terletak di Jalan Bahagia, di dalam bandar Machang.


SENARAI BEKAS JURUTERA-JURUTERA JKR MACHANG






UNIT ELEKTRIK JKR MACHANG


PROFIL SENARAI KAKITANGAN JKR MACHANG

UNIT ELETRIK




SENARAI KAKITANGAN UNIT ELEKTRIK JKR MACHANG



FUNGSI DAN SKOP UNIT ELEKTRIK

Antara skop tugas unit elektrik ialah :-
  
ü  Mengendali dan menyelenggara perkhidmatan elektrik di premis kerajaan negeri dan persekutuan.

ü  Melaksanakan kerja kerja penyelenggaraan Lampu jalan, lampu isyarat, sekolah, bangunan persekutuan.

ü  Menyediakan perkhidmatan penyeliaan elektrik.

ü   Mengurus kerja-kerja persiapan elektrik untuk majlis-majlis rasmi kerajaan.

ü  Merancang sesuatu pemasangan elektrik mengikut keperluan dan permintaan pelanggan, penyiasatan
    
    keperluan dan membuat anggaran kos.


UNIT JALAN JKR MACHANG


PROFIL SENARAI KAKITANGAN JKR MACHANG

UNIT JALAN




SENARAI KAKITANGAN UNIT JALAN JKR MACHANG




FUNGSI DAN SKOP UNIT JALAN


Antara skop tugas unit jalan ialah :-

Membuat perancangan projek-projek jalan dan jambatan dalam Rancangan Malaysia (RMK) di Daerah Machang.

Melaksanakan projek-projek jalan dan jambatan negeri dan persekutuan.

Menyelenggara jalanraya dan jambatan sedia ada ke tahap yang lebih baik dan memuaskan.

Menyediakan utiliti dan pengangkutan yang diperlukan semasa kecemasan dan darurat.

Menyemak, mengulas dan meluluskan pelan-pelan pembangunan tepi jalan.

Memberi khidmat nasihat teknik kepada kerajaan negeri dan jabatan-jabatan lain.

Menyemak dan mengulas permohonan RSD-Road Side Development.



UNIT BANGUNAN JKR MACHANG


PROFIL SENARAI KAKITANGAN JKR MACHANG

UNIT BANGUNAN




SENARAI KAKITANGAN UNIT BANGUNAN JKR MACHANG



SKOP DAN FUNGSI UNIT BANGUNAN


ü  Memastikan kerja-kerja pembinaan bangunan yang berkualiti dan memenuhi spesifikasi serta aspek keselamatan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dan memenuhi kepuasan pelanggan

ü  Memastikan pengurusan dan penyediaan projek-projek pembinaan bangunan kerajaan seperti sekolah-sekolah, dan pejabat pejabat kerajaan dapat disiapkan mengikut jadual spesifikasi dan kehendak kontrak.

ü  Merancang, mengatur, mengawasi dan menyelia projek jalan dan jambatan JKR Jajahan Machang, Kelantan.

ü  Merancang, mengatur, mengawasi & menyelia kerja-kerja senggaraan jalan dan jambatan JKR Jajahan Machang, Kelantan.

ü  Memproses permohonan-permohonan pembangunan tepi jalan di dalam JKR Jajahan Machang, Kelantan.

ü  Mentadbir dan mengurus perolehan bekalan, perkhidmatan, dan kerja JKR Jajahan Machang, Kelantan.

ü  Menyelenggara dan memasang Jambatan Keluli Bermodular