Sunday 20 March 2016

PERUTUSAN JURUTERA JAJAHAN JKR MACHANG



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


Selamat melayari Laman Web Rasmi JKR Jajahan Machang, Kelantan.
Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur kehadrat Allaht SWT kerana dengan izinNya Laman Web JKR Jajahan Machang telah sedia beroperasi. Ucapan terima kasih saya rakamkan kepada semua pihak yang terlibat kerana telah berusaha bersungguh-sungguh di dalam pembinaan Laman Web JKR Jajahan Machang yang baru ini. Untuk mencapai sesuatu matlamat bukanlah mudah seperti yang kita ucapkan dengan kata-kata. Ianya memerlukan semangat kerja berpasukan, memahami dan bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan, ikhlas dan jujur dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut.
JKR Jajahan Machang adalah agensi pelaksana untuk projek projek negeri dan persekutuan bagi seluruh daerah Machang. Kami komited untuk melaksanakan perkhidmatan secara proaktif, kreatif dan inovatif dalam bidang perundingan, pelaksaan projek. Senggaraan jalan dan bangunan dan khidmat nasihat untuk mencapai tahap kualiti bagi keselamatn, keselesaan dan kepuasan pelanggan dengan memberi penekanan kepada jangka masa secepat mungkin, kos yang ekonomikal dan rupabentuk serta mutu yang terbaik.

Akhir kata, kami berharap dengan adanya Laman Web Rasmi JKR Jajahan Machang ini dapat dipergunakan oleh pelanggan yang ingin memperolehi maklumat dan aktiviti serta pendedahan yang dijalankan oleh pejabat ini.

Sekian, terima kasih.













Ir. Ali Bin Mohamad Yusof
Jurutera Jajahan
JKR Jajahan Machang

No comments:

Post a Comment