Monday 21 March 2016


MENGENAI JKR MACHANG





VISI


Sebagai Perunding Utama kepada Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Kelantan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Jajahan Machang berjanji untuk menjadi pemberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan kejuteraan untuk pembangunan infrastruktur negara berteraskan modal insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi terkini.


MISI


1. Membantu Pelanggan Kami Merealisasikan Matlamat Dasar Dan Menyampaikan Perkhidmatan Melalui Kerjasama Sebagai Rakan Kongsi Strategik.
2. Mempiawai Proses Dan Sistem Kita Untuk Memberikan Hasil Perkhidmatan Yang Konsisten.
3. Menyediakan Perkhidmatan Pengurusan Aset Dan Projek Yang Efektif Dan Inovatif.
4. Mengukuhkan Kompetensi Kejuruteraan Sedia Ada.
5. Membangunkan Modal Insan Dan Kompetensi Baru.
6. Mengutamakan Integriti Dalam Memberikan Perkhidmatan.
7. Membina Hubungan Harmoni Dengan Masyarakat.
8. Memelihara Alam Sekitar Dalam Penyampaian Perkhidmatan.


OBJEKTIF

Menyerahkan produk dan melaksanakan perkhidmatan penyenggaraan yang menepati kualiti, masa dan kos yang ditetapkan bagi mencapai faedah aset yang optimum.


FUNGSI-FUNGSI


1. Perancangan, reka bentuk dan pembinaaan projek infrastruktur seperti jalan, bangunan kerajaan, lapangan terbang, pelabuhan, jeti dan produk kejuteraan yang berkaitan.
2. Penyenggaraan jalan dan bangunan kerajaan yang tertentu.
3. Khidmat nasihat teknikal kepada kerajaan di peringkat persekutuan, negeri dan daerah.

No comments:

Post a Comment